SARANA

TUJUAN


  •  Mewujudkan SISTEM PEMBELAJARAN dengan memberi penekanan kepada enam (6) elemen yang menyokong pembelajaran.
  •  Meningkatkan kerjasama antara pihak sekolah dan pihak yang mempunyai kepentingan dengan sekolah.
  • Meningkatkan penglibatan ibu bapa (IB), komuniti dan sektor swasta dalam pembelajaran murid melalui soal selidik penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta.
  •  Membantu pihak sekolah dengan kerjasama PIBG merancang aktiviti atau program sekolah yang boleh melibatkan pihak-pihak yang berkenaan secara aktif dan berkesan.
  •  Membantu pihak sekolah menjadikan sekolah sebagai sekolah berkesan dengan penglibatan aktif pihak yang berkaitan.


Adakah sekolah melibatkan rakan kongsi (ibu bapa / alumni / komuniti) dalam usaha menjayakan murid?

TANGGUNGJAWAB BERSAMA


  • Guru dan ibu bapa saling bantu-membantu dan melengkapi berdasarkan kemahiran dan pengetahuan masing-masing.
  • Penglibatan aktif ibu bapa dalam pembelajaran anak mempunyai kesan terhadap kejayaan mereka.
   Contoh:

   Ibu bapa / penjaga
   a. Dilibatkan sama dalam memantau kemajuan anak mereka
   b. Diminta memastikan anak mereka mempunya jadual belajar di rumah
   c. Dilibatkan sama dalam mengurus program kecemerlangan akademik / kegiatan kokurikulum / latihan  untuk pertandingan
   d. Dilibatkan bersama-sama mengiringi murid semasa pertandingan dan lawatan

KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (KSIB)

KSIB adalah satu Jawatankuasa yang wujud dalam struktur PIBG sebagai saluran kerjasama dan komunikasi bagi merapatkan hubungan di antara ibu bapa, murid dan sekolah. Melalui KSIB lebih banyak interaksi, perkongsian dan percambahan ilmu dapat berlaku demi mewujudkan hubungan yang bermakna antara anda dan anak anda. 

Objektif :

  • Mewujudkan rangkaian dan jalinan antara ibu bapa untuk saling belajar dan berkongsi amalan terbaik bagi membantu pembelajaran anak.
  • Mewujudkan sokongan berterusan.
  • Membantu apabila berlaku krisis.
  • Mengukuhkan tingkah laku positif dalam menghadapi masalah.
  • Berkongsi maklumat, pandangan dan sumber.
  • Membantu dalam berurusan dengan agensi-agensi pendidikan, perubatan dan lain-lain.
  • Meningkatkan keberkesanan sekolah dengan memberi maklum balas yang membina.


No comments:

Post a Comment